Sunday, July 26, 2015

Kembali

saya rasa teruja kerana dapat kembali ke dunia blog. sebelum ini sudah berkecimpung menerusi blog lama yang saya sifatkan ia sebagai blog 'pramatang'.

kerana, penulisan dalam blog itu saya anggapkannya sebagai proses untuk membina diri. Selain meneliti salah silap penulisan, saya juga mahu melihat coretan hidup supaya dijadikan iktibar buat menempuh jalan kehidupan ini.


blog itu tidak dapat diakses lagi kerana saya hiddenkan daripada pembaca.  menjadi khusus untuk author sahaja.


hari ini saya kembali dan saya harap akan kekal menulis bila perlu. ada renggang takpa yang penting konsisten dan tak mati begitu sahaja.


insha-Allah, saya memohon kepada Allah agar dianugerahkan akal yang sempurna untuk menulis sesuatu kisah yang datangnya daripada idea yang segar. kepada yang sudi membaca penulisan hodoh ini, tiada kata lain selain mengucapkan selamat membaca.